TAFSIRAN. i. Dalam Negeri bermakna untuk diimplementasikan di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Kalimantan dan Selatan Thailand; ii. Gred/Kategori bermakna Gred Gaji atau Gred Perkhidmatan, mengikut mana yang berkenaan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM). Pegawai yang membuat pilihan untuk tidak menerima SSM boleh terus membuat tuntutan elaun dan kemudahan di bawah Pekeliling ini berdasarkan kepada Kumpulan Gaji masing-masing mengikut sifir perubahan/ perbandingan seperti yang dinyatakan di Lampiran 2.8 iii. Keluarga ▇▇▇▇▇▇▇ bermakna jika bagi pegawai lelaki, ialah isteri dan anak- anaknya; dan jika bagi pegawai perempuan, ialah suami dan anak-anaknya. Di mana disebutkan tentang tuntutan- tuntutan yang boleh dibuat bagi keluarga seseorang pegawai, maka anak- anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang belum mencapai umur 21 tahun dan ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang tinggal bersama semasa pelaksanaan arahan berkursus tersebut. Walau bagaimanapun, anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had-had umur ini tidak akan dipakai. Istilah "anak" akan termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diiktiraf mengikut undang-undang atau kebudayaan. Di dalam keluarga pegawai ini juga adalah termasuk seorang orang gaji yang digaji oleh pegawai; iv. Pegawai bermakna seseorang pegawai tetap di dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan; dan v. Stesen bermakna satu lingkungan kawasan 25 km dari rumah lama tempat pegawai tinggal ke rumah baru tempat barang- barang disimpan/dibawa semasa berkursus tersebut.
Appears in 2 contracts
Sources: Payment Regulations, Payment Regulations