TAFSIRAN Klausul Contoh

TAFSIRAN. Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebutharga bersetuju tertakluk hanya kepada bidangkuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebutharga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.
TAFSIRAN. Melainkan jika dinyatakan sebaliknya, tafsiran di dalam Perjanjian ini adalah seperti berikut: (a) resital-resital, klausa-klausa, lampiran-lampiran dan apa-apa dokumen yang dirujuk di dalam Perjanjian ini hendaklah diambil kira, dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini; (b) perkataan yang membawa maksud satu adalah juga merujuk kepada jumlah majmuk dan juga sebaliknya; (c) perkataan-perkataan yang merujuk kepada orang perseorangan adalah juga merujuk kepada kumpulan perseorangan, syarikat, perbadanan, firma atau rakan kongsi sama ada diperbadankan ataupun tidak diperbadankan; (d) apa-apa perkataan atau ungkapan yang ditakrifkan dalam Perjanjian ini adalah juga termasuk olahan tatabahasa dan ungkapan perkataan yang ditakrifkan; (e) rujukan kepada klausa hendaklah bermaksud rujukan kepada klausa- klausa dalam Perjanjian ini; (f) perkataan “Perjanjian”, “Kontrak” atau perkataan lain yang sama hendaklah mengandungi klausa yang terkandung dalam Perjanjian ini dan termasuk apa-apa pindaan, perubahan, penambahan, atau modifikasi dan perjanjian tambahan secara bertulis padanya; (g) rujukan kepada undang-undang adalah termasuk peruntukan undang- undang yang telah dipinda, disemak, atau dicetak semula; (h) tajuk-tajuk dan juga tajuk-tajuk kecil kepada ▇▇▇▇▇▇-▇▇▇▇▇▇ dalam perjanjian ini adalah hanya untuk mempermudahkan rujukan sahaja dan tidak menjejaskan pentafsiran dan maksud ayat dalam Perjanjian ini; (i) apa-apa jadual, lampiran, dokumen, nota atau penerangan yang dirujuk dalam Perjanjian ini dan apa-apa pindaan, perubahan, penambahan atau modifikasi bertulis padanya hendaklah ditafsirkan dan dibaca sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini; (j) semua rujukan terhadap hari, bulan atau tahun hendaklah termasuk hari dan waktu bekerja biasa Kerajaan, hari Sabtu dan Ahad dan hari kelepasan am Negeri-Negeri yang berkenaan melainkan dinyatakan sebaliknya atau sebagaimana yang dipersetujui secara bertulis oleh Kerajaan; (k) apa-apa syarat teknikal yang tidak ditarifkan secara khusus dalam Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan menurut penggunaan atau definisi yang biasa diterima oleh mereka yang terlibat di dalam profesion ini di Malaysia; (l) apa-apa rujukan kepada kaedah secara bertulis atau notis adalah termasuk sebarang komunikasi yang dihantar secara pos berdaftar berbayar, kabel, transmisi faks, mel elektronik atau cara lain yang sama dengannya; (m) apa-apa rujukan kepada “kelulusan” atau “kebenaran” adalah bermaksud kelulusan atau kebena...
TAFSIRAN. Dalam Perjanjian ini, jika sesuai dengan konteksnya: (a) perkataan yang bermaksud jantina lelaki sahaja hendaklah termasuk jantina wanita dan jantina neutral, begitu juga sebaliknya; (b) perkataan yang bermaksud bilangan tunggal juga termasuk bilangan jamak, begitu juga sebaliknya; (c) jika terdapat dua orang atau lebih termasuk dalam ungkapan “Penyewa” maka mereka hendaklah dianggap bertanggungan secara bersama dan berasingan menurut terma-terma Perjanjian ini; (d) tajuk dan subtajuk bagi fasal dan seksyen Perjanjian ini adalah disisipkan untuk kemudahan dan hendaklah tidak dianggap sebahagian daripadanya atau diambil kira semasa pentafsiran atau pembentukan Perjanjian ini; (e) apa-apa rujukan kepada peruntukan mana-mana undang-undang termasuklah sebarang ubahsuaian statutori atau pembuatan semula undang-undang itu; (f) apa-apa rujukan kepada “Perjanjian” ini hendaklah termasuk segala pindaan, penambahan atau perjanjian tambahan yang dibuat kemudian dari ini atau dari semasa ke semasa antara Penyewa dengan Pemunya
TAFSIRAN i. Berpindah Rumah bermakna berpindah rumah mengikut keadaan-keadaan seperti yang dinyatakan di perenggan 2.7.3, i, a atau 2.7.3, i, b dan tertakluk kepada syarat bahawa pegawai mendiami rumah tersebut; ii. ▇▇▇▇▇▇▇▇ bermakna pegawai bertukar ke luar Stesen, seterusnya berpindah rumah dan mendiami rumah berkenaan; iii. Dalam Negeri bermakna untuk diimplementasikan di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Kalimantan dan Selatan Thailand; iv. Gred/Kategori bermakna Gred Gaji atau Gred Perkhidmatan, mengikut mana yang berkenaan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM). Pegawai yang membuat pilihan untuk tidak menerima SSM boleh terus membuat tuntutan elaun dan kemudahan di bawah Pekeliling ini berdasarkan kepada Kumpulan Gaji masing-masing mengikut sifir perubahan/perbandingan seperti yang dinyatakan di Lampiran 2.7 v. Keluarga ▇▇▇▇▇▇▇ bermakna jika bagi pegawai lelaki, ialah isteri dan anak-anaknya; dan jika bagi pegawai perempuan, ialah suami dan anak-anaknya. Di mana disebutkan tentang tuntutan-tuntutan yang boleh dibuat bagi keluarga seseorang pegawai, maka anak- anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang belum mencapai umur 21 tahun dan ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang tinggal bersama semasa pelaksanaan pertukaran atau perpindahan rumah. Walau bagaimanapun, anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had-had umur ini tidak akan dipakai. Istilah “anak” akan termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diiktiraf mengikut undang-undang atau kebudayaan. Di dalam keluarga pegawai ini juga adalah termasuk seorang orang gaji yang digaji oleh pegawai; vi. Pegawai bermakna seseorang pegawai Universiti termasuk yang dilantik secara sementara atau sangkut; vii. Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan bermakna Pekeliling Bertugas Rasmi yang sedang berkuat kuasa; viii. Stesen bagi tujuan pertukaran bermakna satu lingkungan kawasan 25 km dari pejabat lama ke pejabat baru, manakala bagi tujuan perpindahan rumah, satu lingkungan kawasan 25 km dari rumah lama ke rumah baru.
TAFSIRAN i. Alat komunikasi mudah alih bermaksud alat yang dilengkapi sekurang-kurangnya dua ciri asas komunikasi iaitu menerima, membuat panggilan dan sistem pesanan ringkas (SMS). ii. Caj bulanan bermaksud caj panggilan suara, caj penggunaan data (mengakses internet, muat turun dan seumpamanya), penggunaan e-mel, SMS, MMS dan sebarang bentuk caj perkhidmatan data yang dikenakan oleh syarikat telekomunikasi.
TAFSIRAN i. Ibu Pejabat bermakna tempat biasa seseorang pegawai melaporkan diri untuk bertugas dan lingkungan jarak pentadbirannya ialah: a. 25 km jika boleh dihubungi oleh jalan raya; b. 16 km jika boleh dihubungi oleh jalan tanah yang boleh dilalui oleh kenderaan bermotor; dan c. 8 km jika boleh dihubungi oleh jalan basikal atau sungai. ii. Kajian Luar bermakna sebarang aktiviti yang diarahkan oleh pusat pengajian semasa berkursus di luar pusat pengajian sama ada untuk membuat sesuatu penyelidikan ataupun disangkutkan di sesuatu Jabatan termasuk lawatan yang diadakan dalam tempoh berkursus; iii. Kompleks Pentadbiran bermakna kawasan yang merangkumi bangunan-bangunan di Universiti; iv. Kursus bermakna sebarang kursus atau latihan yang berupa akademik atau praktik, lawatan sambil belajar, seminar dan bengkel, yang bercorak latihan; v. Kursus Panjang bermakna sebarang kursus sepenuh masa yang tempohnya adalah melebihi 3 bulan termasuk hari hujung minggu dan kelepasan am; vi. Kursus Pendek bermakna sebarang kursus sepenuh masa yang tempohnya 3 bulan atau kurang termasuk hari hujung minggu dan kelepasan am; vii. Kursus Sambilan bermakna sebarang kursus yang dijalankan secara sambilan selepas waktu pejabat; viii. Pegawai bermakna seseorang pegawai tetap/kontrak/sementara di dalam Universiti; ix. Peraturan Bertugas Rasmi yang berkaitan bermakna Peraturan Bertugas Rasmi yang berkuat kuasa; x. Penganjur bermakna badan yang membiayai sebahagian besar perbelanjaan kursus; xi. Pusat Pengajian bermakna tempat yang sebahagian besar sesuatu kursus itu dijalankan dan bagi tempoh kursus itu, Pusat Pengajian adalah ditakrifkan sebagai Ibu Pejabat.
TAFSIRAN. Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan. 3. Sebut harga Sebahagian
TAFSIRAN i. Pembayaran Cuti Belajar adalah pembayaran yang dibuat kepada pegawai yang layak untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara atau luar negara setelah mendapat kelulusan daripada Panel Cuti Belajar Universiti.
TAFSIRAN i. Ibu Pejabat bermakna tempat biasa seseorang pegawai melaporkan diri untuk bertugas dan lingkungan jarak pentadbirannya ialah: a. 25 km jika boleh dihubungi oleh jalan raya; b. 16 km jika boleh dihubungi oleh jalan tanah yang boleh dilalui oleh kenderaan bermotor; dan c. 8 km jika boleh dihubungi oleh jalan basikal atau sungai. ii. Gred bermakna Gred Gaji di bawah Sistem Saraan Malaysia mengikut pekeliling semasa yang dikeluarkan; iii. Kompleks Pentadbiran bermakna kawasan yang merangkumi bangunan-bangunan di Universiti; iv. Penganjur bermakna badan yang membiayai sebahagian besar perbelanjaan program/aktiviti/kursus; v. Pegawai bermakna seseorang pegawai tetap/kontrak/sementara/sangkut di dalam Universiti; vi. Tugas Rasmi bermakna tugas yang berkaitan dengan tugas pejabat selain daripada menghadiri kursus yang dibenarkan.
TAFSIRAN i. Dalam Negeri bermakna untuk diimplementasikan di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Kalimantan dan Selatan Thailand; ii. Gred/Kategori bermakna Gred Gaji atau Gred Perkhidmatan, mengikut mana yang berkenaan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM). Pegawai yang membuat pilihan untuk tidak menerima SSM boleh terus membuat tuntutan elaun dan kemudahan di bawah Pekeliling ini berdasarkan kepada Kumpulan Gaji masing-masing mengikut sifir perubahan/ perbandingan seperti yang dinyatakan di Lampiran 2.8 iii. Keluarga ▇▇▇▇▇▇▇ bermakna jika bagi pegawai lelaki, ialah isteri dan anak- anaknya; dan jika bagi pegawai perempuan, ialah suami dan anak-anaknya. Di mana disebutkan tentang tuntutan- tuntutan yang boleh dibuat bagi keluarga seseorang pegawai, maka anak- anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang belum mencapai umur 21 tahun dan ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang tinggal bersama semasa pelaksanaan arahan berkursus tersebut. Walau bagaimanapun, anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had-had umur ini tidak akan dipakai. Istilah "anak" akan termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diiktiraf mengikut undang-undang atau kebudayaan. Di dalam keluarga pegawai ini juga adalah termasuk seorang orang gaji yang digaji oleh pegawai; iv. Pegawai bermakna seseorang pegawai tetap di dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan; dan v. Stesen bermakna satu lingkungan kawasan 25 km dari rumah lama tempat pegawai tinggal ke rumah baru tempat barang- barang disimpan/dibawa semasa berkursus tersebut.