Definisi Kotak

Kotak bermaksud karton atau kotak-kotak simpanan dengan nombor Bar Kod khusus bagi tujuan menyimpan Rekod sahaja mengikut Perjanjian ini;

Examples of Kotak in a sentence

  • Bayaran kepada Syarikat/Kontraktor adalah berdasarkan jumlah Kotak sebenar yang digunakan dan disimpan di Lokasi Perkhidmatan sebagaimana yang dinyatakan dalam Perjanjian ini.

  • Syarikat/Kontraktor hendaklah menyusun dan mengindeks setiap Fail mengikut nombor turutan Fail dan memasukkannya ke dalam Kotak yang disediakan dengan senarai terperinci seperti di JADUAL XX Perjanjian ini.

  • Syarikat/Kontraktor hendaklah membekalkan Bar Kod atau label bagi Kotak sedia ada dan membuat pelabelan semula pada Kotak tersebut mengikut Bar Kod / label Syarikat/Kontraktor.

  • Syarikat/Kontraktor hendaklah membekalkan Kotak baru mengikut keperluan tertakluk kepada arahan daripada Kerajaan dari semasa ke semasa beserta Bar Kod atau label untuk Kotak tersebut.

  • Syarikat/Kontraktor hendaklah mengambil Kotak yang berisi Rekod dari mana-mana lokasi yang ditetapkan oleh Kerajaan dan membawa Kotak tersebut ke Lokasi Perkhidmatan untuk penyimpanan.