TERMA DAN SYARAT MEDIUM AKSES PERKHIDMATAN KOMUTER UTARA DAN KOMUTER LEMBAH KLANG
TERMA DAN SYARAT MEDIUM AKSES PERKHIDMATAN KOMUTER UTARA DAN KOMUTER LEMBAH KLANG
1. Pengenalan
1.1. Sila baca Terma dan Syarat ini dengan teliti sebelum membuat pembelian tiket dan menggunakan medium akses yang dibenarkan di Automatic Control Gate (ACG).
1.2. Dengan pembelian tiket atau penggunaan medium akses di ACG, bermakna anda telah bersetuju menerima keseluruhan Terma dan Syarat ini atau menerima bagi pihak ketiga yang apabila anda membuat pembelian tiket bagi pihak tersebut.
1.3. Medium pembelian tiket:
i) Aplikasi KTMB Mobile
ii) Kaunter tiket KTMB
iii) Laman sesawang rasmi KTMB, ▇▇▇.▇▇▇▇.▇▇▇.▇▇ atau pautan ▇▇▇▇▇://▇▇▇▇▇▇.▇▇▇▇.▇▇▇.▇▇/
iv) Mesin Kios Tiket (Ticket Vending Machine - TVM)
1.4. Medium pembayaran tiket komuter:
Lokasi | e-Wallet (Boost & Touch ‘N Go | Kad Debit & Kredit | Kad Komuter Link | KTM Wallet | Tunai |
Aplikasi KTMB Mobile | √ | √ | - | √ | - |
Kaunter Tiket KTMB | - | - | √ | √ | √ |
Laman Sesawang KTMB | √ | √ | - | √ | - |
Mesin Kios Tiket (TVM) | √ | √ | - | - | - |
1.5. Medium Akses ACG:
i) QR Code (Tiket Bercetak / Tiket Digital / KTM Wallet)
ii) Kad Komuter Link
iii) Kad Touch ‘N Go
2. Tiket
2.1 Maklumat kategori tiket dan konsesi adalah seperti jadual berikut:
Bil | Kategori | Keterangan | Diskaun | Syarat Kelayakan Konsesi | Dokumen Sokongan Konsesi | Medium Pendaftaran Konsesi | Medium Pembelian Tiket | |
Utara | Lembah Klang | |||||||
1. | Kanak- Kanak | Tetamu di bawah umur 4 tahun dibenarkan membuat perjalanan tanpa tiket | Tetamu di bawah umur 2 tahun dibenarkan membuat perjalanan tanpa tiket | Percuma | - | - | - | - |
2. | Kanak- Kanak | Tetamu berumur daripada 4 tahun sehingga 12 tahun pada tarikh perjalanan | ▇▇▇▇▇▇ berumur daripada 2 tahun sehingga 6 tahun pada tarikh perjalanan | 50% | - | - | - | • Kaunter Tiket • Mesin Kios Tiket |
3. | ▇▇▇▇▇▇▇ | - | ▇▇▇▇▇▇ berumur daripada 7 tahun sehingga 17 tahun dan ke atas | 50% | i. Warganegara Malaysia ii. Tempoh sah konsesi: • Pelajar – 1 Tahun • Warga Emas / OKU – 3 Tahun | • Mykid / Mykad (Bawah 18 Tahun) • Borang Pengesahan Pelajar (18 Tahun ke Atas) | • Laman Sesawang • Aplikasi | • Kaunter Tiket • KTM Wallet (QR) |
4. | Warga ▇▇▇▇ | ▇▇▇▇▇▇ berumur 60 tahun dan ke atas | 50% | Mykad | • Kaunter Tiket • Laman Sesawang • Aplikasi | |||
5. | Orang Kurang Upaya (OKU) | Tetamu berdaftar dan memegang kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat | 50% | • Mykid / Mykad • Kad OKU | ||||
6. | Dewasa | Kadar tambang tanpa diskaun | - | - | - | - | Semua Medium | |
7. | Mingguan | Pas perjalanan 7 hari atau 14 trip dari tarikh pembelian (Harga 5 hari perjalanan pergi balik/10 trip) | - | 29% | - | - | - | • Kaunter Tiket • Laman Sesawang • Aplikasi |
8. | Bulanan | Pas perjalanan 30 hari atau 60 trip dari tarikh pembelian (Harga 20 hari perjalanan pergi balik/40 trip) | - | 33% | - | - | - | |
2.2 Kelulusan pendaftaran konsesi secara dalam talian adalah dalam tempoh 5 hari bekerja dan pendaftaran semula perlu dibuat selepas tarikh tamat tempoh kelulusan.
2.3 Penolakan & penamatan konsesi akan dibuat tanpa notis jika;
i) Tidak mematuhi Terma dan Syarat konsesi, atau
ii) Lampiran dokumen tiada, tidak lengkap, memberi maklumat yang salah, dokumen yang salah, atau
iii) Memindah-milik atau membenarkan tiket konsesi digunakan oleh tetamu lain.
3. Medium Akses
3.1 Maklumat medium akses diterima di ACG adalah seperti jadual berikut:
Bil | Perkara | Medium Akses | Catatan | |||
Tiket QR | KTM Wallet (QR) | Kad Komuter Link | Kad Touch ‘N Go | |||
1. | Kadar Nilai Simpan Minima | - | RM5.00 | RM5.00 | RM5.00 | Tiada nilai simpan untuk Tiket QR. |
2. | Kadar Nilai Simpan Maksima | - | Tiada Had | RM200.00 | Mengikut tetapan Touch ‘N Go | Tiada had ditetapkan untuk KTM Wallet |
3. | Konsesi | Dibenarkan | Konsesi dibenarkan pada salah satu medium sahaja | Tiada | • Tetamu perlu mendaftar konsesi • Tiada konsesi untuk Kad Touch ‘N Go | |
4. | Pas Bermusim (Mingguan & Bulanan) | Dibenarkan | - | Dibenarkan | - | Pas bermusim boleh dibeli mengikut cara mendapatkan medium akses |
5. | Cara Mendapatkan | • Kaunter Tiket • Mesin Kios Tiket • Laman Sesawang • Aplikasi | KTMB Mobile | Kaunter Tiket | • Mykad • Pusat Jualan Touch ‘N Go | • Tiket QR Bercetak - Kaunter & Mesin Kios. • Tiket QR Digital - Laman Sesawang & Aplikasi |
6. | ▇▇▇▇▇▇ ▇▇▇▇▇ | - | • Laman Sesawang • Aplikasi | • Kaunter Tiket • Mesin Kios Tiket | Tidak disediakan di semua stesen Perkhidmatan KTM Komuter | Tetamu perlu pastikan baki medium akses cukup, penghadang tidak dibuka jika baki medium tidak cukup |
7. | Peranti Imbasan di ACG | Pengimbas QR | Pengimbas Kad (IM30) | Pastikan pengimbas QR bercahaya atau pengimbas kad memaparkan mesej “Imbas Kad Anda Disini” | ||
8. | Cara Penggunaan | • Imbas medium secara tetap pada peranti imbasan dan elakkan bergerak semasa mengimbas. • Jangan alihkan medium sehingga selesai diimbas dan penghadang AGC terbuka. • Semua medium perlu transaksi lengkap (imbas masuk dan imbas keluar) | • Elakkan imbasan berulang, penalti akan dikenakan untuk imbasan berulang • Bagi tiket QR, penghadang tidak dibuka | |||
3.2 Tetamu perlu membuat pengesahan dengan mengemukakan Mykad kepada kakitangan kaunter bertugas atau memasukkan Mykad di slot card reader
pada mesin kios tiket untuk membeli tiket dengan kadar konsesi.
3.3 Tetamu perlu mendaftar KITS di ▇▇▇.▇▇▇▇.▇▇▇.▇▇ atau aplikasi KTMB Mobile untuk pembelian dalam talian.
3.4 Pembelian tiket QR hanya boleh dibuat pada hari perjalanan sahaja.
3.5 Tetamu dinasihatkan untuk merancang perjalanan sebelum menggunakan medium akses Perkhidmatan Komuter.
3.6 Jadual Perjalanan Perkhidmatan Komuter boleh diakses menerusi Laman Sesawang Rasmi KTMB atau aplikasi KTMB Mobile.
3.7 KTMB tidak bertanggungjawab bagi tiket QR yang telah dibeli tetapi tidak digunakan disebabkan terlepas tren atau apa-apa sebab lain.
3.8 Pemulangan tambang untuk tiket yang dibeli dan tidak digunakan disebabkan kesilapan tetamu adalah TIDAK DIBENARKAN.
3.9 KTMB tidak bertanggungjawab jika tetamu tidak dapat membeli tiket sebelum tren berlepas disebabkan kegagalan sistem atau gangguan teknikal atau atas seba-sebab lain.
3.10 Tetamu mesti memastikan butiran perjalanan adalah betul semasa pembelian tiket.
3.11 Tiket QR yang telah dibeli TIDAK BOLEH dipinda atau dibatalkan.
3.12 KTMB tidak bertanggungjawab bagi sebarang kesilapan butiran tiket dan jumlah bayaran yang telah dibuat oleh tetamu.
3.13 Tetamu yang membeli tiket melalui laman sesawang KTMB atau aplikasi KTMB Mobile perlu menyimpan tiket dalam telefon mudah-alih atau mencetak tiket bagi tujuan pemeriksaan.
3.14 Tetamu yang membeli tiket melalui mesin kios tiket atau di kaunter tiket KTMB mesti menyimpan tiket yang dicetak untuk tujuan pemeriksaan.
3.15 Adalah menjadi tanggungjawab tetamu untuk memastikan tiket yang telah dibeli dalam keadaan baik, cetakan QR tidak rosak dan tiket tidak hilang dari pegangan tetamu.
3.16 KTMB tidak bertanggungjawab bagi kerosakan atau kehilangan tiket disebabkan oleh kecuaian tetamu.
3.17 Tiket yang dibeli melalui kaunter tiket KTMB atau mesin kios tiket TIDAK BOLEH dicetak semula.
3.18 Tetamu perlu segera menghubungi Unit Khidmat Pelanggan di 603-22671200 atau emel ke ▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇@▇▇▇▇.▇▇▇.▇▇ jika pembelian tiket melalui laman sesawang KTMB dan aplikasi KTMB Mobile tidak berjaya tetapi bayaran tiket telah dibuat.
3.19 KTMB tidak bertanggungjawab untuk mana-mana tiket yang dibeli oleh tetamu daripada individu, agensi, portal, laman sesawang atau aplikasi yang menjual tiket tanpa kebenaran KTMB.
4. Pas Bermusim
4.1 Tetamu perlu memastikan maklumat perjalanan seperti tarikh, stesen mula, stesen akhir dan lain-lain maklumat adalah betul selain itu, cetakan QR serta tiket yang diterima daripada kaunter atau mesin kios hendaklah dalam keadaan baik.
4.2 KTMB tidak bertanggungjawab terhadap kerosakan atau kehilangan tiket dalam pegangan tetamu.
4.3 Tiada cetakan semula tiket di kaunter atau mesin kios.
4.4 Pembatalan atau pemulangan tambang pas bermusim adalah TIDAK DIBENARKAN.
4.5 Penggunaan pas bermusim perlu mengikut tarikh, stesen mula dan stesen akhir yang tertera pada tiket. Hanya 1 trip pergi (stesen mula) serta 1 trip balik (stesen akhir) sahaja dibenarkan dalam sehari. Trip perjalanan yang tidak digunakan tetamu, tidak dibawa ke hari berikutnya.
4.6 Tetamu pas bermusim boleh membuat perjalanan dalam lingkungan stesen permulaan dan stesen akhir.
4.7 Jika tetamu membuat perjalanan dari stesen mula dan berhenti di mana-mana stesen di antara stesen mula dan stesen akhir adalah dibenarkan. Akan tetapi, tetamu perlu membeli tiket baru jika ingin meneruskan perjalanan ke stesen akhir.
4.8 Pelanjutan tempoh pas bermusim hanya dibenarkan sekiranya berlaku kelewatan tren, tiada perkhidmatan atau tren dibatalkan melebihi dua (2) jam dari waktu perjalanan asal tren.
4.9 Lanjutan tempoh tamat pas bermusim perlu dibuat serta-merta di kaunter dengan mengisi Borang Pelanjutan Tempoh Tamat Pas Mingguan / Bulanan.
4.10 Pas bermusim dengan tempoh tamat baru akan dicetak serta diserahkan kepada tetamu atau penetapan semula akan dibuat pada Kad Komuter Link bagi lanjutan tempoh tamat pas bermusim.
4.11 Jika tempoh pas bermusim telah tamat, lanjutan tempoh tamat adalah tidak dibenarkan.
5. Pemeriksaan Medium Akses
5.1 Medium akses tidak boleh dipindahmilik.
5.2 Tetamu mesti mengemukakan medium yang sah dan Mykid / Mykad / Kad OKU semasa pemeriksaan.
5.3 Dibawah Seksyen 117 (9) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, surcaj RM30.00 dan tambang perjalanan akan dikenakan semasa pemeriksaan, jika tetamu;
i) Membuat perjalanan tanpa medium akses; atau
ii) Membuat perjalanan dengan medium akses tidak sah; atau
iii) Kehilangan medium akses
5.4 Definisi medium akses tidak sah
i) Tetamu membuat perjalanan menggunakan medium akses tetamu lain, atau
ii) Tetamu dewasa membuat perjalanan dengan medium akses kanak-kanak, atau
iii) Tetamu membuat perjalanan melebihi stesen destinasi yang dibenarkan, atau
iv) Tetamu tidak mematuhi terma dan syarat konsesi, atau
v) Tiket telah dibatalkan atas sebab salah guna, atau
vi) Medium akses yang digunakan tamat tempoh, atau
vii) Menggunakan tiket sehala bagi perjalanan 2 hala, atau
viii) Tiket yang dibuat pindaan / dirosakan oleh tetamu.
5.5 Rujuk 5.3,
i) Surcaj dan tambang perjalanan mesti dibayar serta-merta kepada Pemeriksa Tiket; atau
ii) Tetamu perlu turun dari tren di stesen perhentian berikutnya, jika gagal membuat bayaran tersebut
6. Surcaj & Penalti
6.1 Surcaj akan dikenakan sebanyak RM30.00 mengikut situasi seperti di bawah:
i) Gantian kad bagi kad konsesi yang hilang
ii) Gantian bagi kad rosak disebabkan kecuaian pengguna
6.2 Kerosakan kad Komuter ▇▇▇▇ TIDAK AKAN dikenakan penalti seperti berikut:
i) Kerosakan disebabkan bencana alam (banjir, kebakaran dan lain-lain)
ii) Kerosakan disebabkan oleh sistem KTMB
7. ▇▇▇▇▇ ▇▇▇▇ Medium Akses
7.1 Maklumat kesalahan beserta penalti melibatkan medium akses adalah seperti di jadual berikut:
Bil | Kesalahan | Penalti | Medium Akses | Catatan | |||
Tiket QR | KTM Wallet (QR) | Kad Komuter Link | Kad Touch ‘N Go | ||||
1. | Masuk / Keluar ACG Stesen Sama melebihi tempoh masa ditetapkan • Komuter Utara – 30 Minit • Komuter Lembah Klang – 60 Minit | RM10.00 | X | √ | √ | √ | Tetamu Tiket QR tidak dapat keluar ACG. Penalti dikenakan pada baki nilai simpan medium lain. Jika tidak cukup baki, tetamu tidak dapat keluar ACG. Tetamu perlu mohon bantuan kakitangan stesen bertugas |
2. | Tidak Buat Transaksi Lengkap (imbas masuk dan imbas keluar) | RM10.00 + Tambang Maksima | X | √ | √ | √ | |
3. | Imbas medium melebihi 1 kali semasa masuk atau keluar ACG | X | √ | √ | √ | ||
4. | Berada dalam Kawasan Berbayar melebihi tempoh 6 Jam | X | √ | √ | √ | ||
*Nota: • Tambang Maksima Sektor Utara – RM 21.30 dan Tambang Maksima Sektor Lembah Klang – RM 23.20
• Kadar tambang maksima tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis awal
8. Pemulangan Tambang Tiket QR
8.1 Terma dan syarat pemulangan tambang tiket:
8.1.1 Berlaku kelewatan tren yang melebihi tempoh 30 minit dan tiket perjalanan tidak digunakan atau gangguan perkhidmatan tren dan tiada pengangkutan alternatif disediakan oleh KTMB.
8.1.2 Tiada pemulangan tambang sekiranya tetamu memilih untuk tidak menggunakan pengangkutan alternatif yang disediakan KTMB.
8.1.3 Pemulangan tambang hanya boleh dibuat secara dikreditkan ke akaun KTM Wallet SAHAJA.
8.1.4 Pemulangan tambang dibenarkan ke akaun KTM Wallet tetamu lain yang dikenali oleh tetamu yang tiada akaun KTM Wallet.
8.1.5 Pemulangan tambang mengikut harga tiket yang dibeli.
8.1.6 Pemulangan bagi kegagalan tren semasa perjalanan, pemulangan tambang hanya dibuat untuk baki perjalanan yang tidak dibuat.
8.1.7 Pemulangan tambang hanya boleh dibuat di kaunter tiket SAHAJA.
8.1.8 Prosedur Permohonan Pemulangan Tambang
i) ▇▇▇▇▇▇ perlu membuat laporan serta merta di stesen kejadian dan pada hari kejadian berlaku SAHAJA
ii) Tetamu perlu mengisi Borang Pemulangan Wang Tambang Komuter
iii) ▇▇▇▇▇▇ perlu menyerahkan tiket bercetak atau sertakan No PNR bagi tiket digital
iv) Sekiranya kaunter tiket tutup, tetamu perlu membuat laporan dengan menghubungi Unit Khidmat Pelanggan di 03-22671200 atau emel ke ▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇@▇▇▇▇.▇▇▇.▇▇ dalam tempoh masa 24 jam selepas kejadian berlaku.
v) Permohonan selepas tempoh masa ditetapkan tidak akan dilayan.
8.1.9 Pemulangan secara tunai hanya kepada BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA mengikut Terma dan Syarat seperti di Para 8.1.1, 8.1.4, 8.1.5,
8.1.6 dan 8.1.7
9. Pemulangan Tambang Tiket Tidak Keluar Mesin Kios Tiket
9.1 Tetamu perlu membuat aduan serta merta di kaunter tiket dengan mengisi Borang Pemulangan Wang Tambang Komuter berserta Nombor PNR, resit pembayaran tiket dan memaklumkan Nombor Tempahan Tiket yang tertera di skrin mesin kios tiket semasa proses cetakan tiket dibuat.
9.2 Pemulangan mengambil masa 1 – 7 hari bagi mengesahkan transaksi dibuat di mesin kios tiket.
9.3 Pemulangan tambang akan dibuat secara dikreditkan ke akaun KTM Wallet SAHAJA.
9.4 Pemulangan tambang dibenarkan ke akaun KTM Wallet tetamu lain yang dikenali oleh tetamu yang tiada akaun KTM Wallet.
9.5 Pemulangan tambang mengikut harga tiket yang dibeli.
9.6 Pemulangan tambang hanya boleh dibuat di kaunter tiket SAHAJA.
9.7 Sekiranya kaunter tiket tutup, tetamu perlu membuat laporan dengan menghubungi Unit Khidmat Pelanggan di 03-22671200 atau emel ke ▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇@▇▇▇▇.▇▇▇.▇▇ dalam tempoh masa 24 jam selepas kejadian berlaku.
9.8 Permohonan selepas tempoh masa ditetapkan tidak akan dilayan.
9.9 Pemulangan secara tunai hanya kepada BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA mengikut harga tiket yang dibeli dan tetamu perlu hadir ke stesen kejadian berlaku.
10. Pemulangan Baki Akibat Penalti bagi KTM Wallet (QR) & Kad Komuter Link
10.1 Permohonan pemulangan baki akibat penalti perlu mengisi Borang Aduan Kad Komuter Link di Kaunter Komuter Link Stesen KL Sentral atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB.
10.2 No. PNR tetamu perlu diisikan di bahagian No Siri Kad pada borang aduan beserta tanda ‘/’ diikuti dengan catatan medium akses digunakan seperti contoh berikut: ‘PNR-XXXXXXXX / KTM WALLET’ atau ‘PNR-XXXXXXXX / KAD KOMUTER LINK’.
10.3 Borang aduan akan dibuat penelitian dan pemulangan baki akan dikreditkan ke akaun KTM Wallet tetamu dalam tempoh masa 30 hari bekerja selepas aduan dimajukan.
11. Pemulangan Baki melibatkan Touch ‘N Go
11.1 Untuk pemulangan baki Kad Touch ‘N Go / Touch ‘N Go e-Wallet perlu dirujuk ke Pusat Khidmat Pelanggan Touch ‘N Go atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan Touch ‘N Go.
12. Lain-lain
12.1 Permohonan penukaran alamat emel atau menamatkan akaun KITS boleh dibuat di Kaunter Komuter Link Stesen KL Sentral atau emel ke Unit Khidmat Pelanggan, rujuk lampiran Permohonan Penukaran Alamat Emel dan Permohonan Untuk Penamatan Akaun KITS.
12.2 Permohonan perlu disertakan dengan salinan MyKad / Pasport dan hanya pemilik sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.
12.3 Tambah nilai KTM Wallet boleh dibuat melalui laman sesawang rasmi KTMB atau aplikasi KTMB Mobile untuk tetamu yang telah mendaftar KITS dalam talian. Baki KTM Wallet tidak boleh ditukar dalam bentuk tunai atau dipindahkan ke mana-mana akaun bank atau akaun KTMB Wallet yang lain.
12.4 Caj bungkusan akan dikenakan untuk bungkusan atau barang yang dibawa ke dalam tren, walaubagaimana pun untuk keselesaan atau keselamatan tetamu lain, KTMB boleh melarang tetamu membawa bungkusan atau barang ke dalam tren.
12.5 Terma dan Syarat ini terpakai kepada apa jua produk perkhidmatan yang akan diperkenalkan KTMB dari semasa ke semasa.
12.6 Terma dan Syarat ini tertakluk kepada pindaan tanpa notis awal.
12.7 Terma dan Syarat ini berkuatkuasa 10 September 2023.
12.8 Sila hubungi Unit Khidmat Pelanggan di 03-22671200 atau emel ke ▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇@▇▇▇▇.▇▇▇.▇▇ untuk maklumat lanjut.
13. Lampiran
13.1 Borang Pengesahan Pelajar
13.2 Permohonan Penukaran Alamat Emel
13.3 Permohonan Untuk Penamatan Akaun KITS
▇▇▇▇▇▇ ▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇ PELAJAR STUDENT VERIFICATION FORM
(NAMA & ALAMAT SEKOLAH / KOLEJ / UNIVERSITI)
(NAME & ADDRESS OF SCHOOL / COLLEGE / UNIVERSITY)
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
▇▇▇▇▇▇: ………………………………
Date
(MAKLUMAT PELAJAR) (STUDENT INFORMATION)
KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD
(Co No. 225943-T)
Nama Pelajar : …………………………………………………………………………………
Student Name
Nombor Mykid / Mykad : ……………………………………………………………………………….…
Mykid / Mykad No.
Tempoh Belajar : ……………………………………………………………………………….
Learning Period
Kami dengan sukacita memperakui bahawa pelajar disebutkan di atas sedang mengikuti pengajian di We are pleased to verify that the above-mentioned student is undertaking a tertiary course in our
sekolah / kolej / universiti kami untuk tempoh ……. (tahun), mulai (tarikh pengambilan).
school / college / university for the duration of (years), starting (date of intake).
Terima kasih, Thank you,
Cop Rasmi Official Stamp
Tandatangan : ……………………………………………
Signature
Nama Pegawai : ……………………………………………
Officer Name
Jawatan : ……………………………………………
Appointment
No. Telefon : ……………………………………………
Telephone No.
PERMOHONAN PENUKARAN ALAMAT EMEL APPLICATION FOR CHANGE OF EMAIL ADDRESS | ||||
Sila tanda ‘X’ Please tick ‘X’ | Walk-In (Guest Service Center KL Sentral) | Email* (▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇@▇▇▇▇.▇▇▇.▇▇) | ||
Name Name | ||||
No. IC / Pasport IC / Pasport No. | ||||
Sebab Penukaran Reason for Change | ||||
Alamat Emel Baharu New Email Address | ||||
Saya dengan ini mengakui dan bersetuju menukar alamat emel.akaun KITS I hereby acknowledge and agree to change email address of KITS account | ||||
………………………………………………. Nama / Name: No. IC / IC No. ▇▇▇▇▇▇ / Date: | Disahkan oleh / Verified by: ………………………………………….. Nama / Name: ID Kakitangan / Staff ID: Tarikh / Date: | |||
Nota / Note:
o Sila lampirkan salinan MyKad / Pasport
o Please attach MyKad / Passport copy
PERMOHONAN UNTUK PENAMATAN AKAUN KITS APPLICATION FOR TERMINATION OF KITS ACCOUNT | ||||
Sila tanda ‘X’ Please tick ‘X’ | Walk-In (Guest Service Center KL Sentral) | Email* (▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇@▇▇▇▇.▇▇▇.▇▇) | ||
Name Name | ||||
No. IC / Pasport IC / Pasport No. | ||||
No. PNR | ||||
KTM Wallet (RM) | ||||
Sebab Penamatan Reason for Termination | ||||
Saya dengan ini mengakui dan bersetuju menamatkan akaun KITS saya dan tidak menuntut KTM Wallet. I hereby acknowledge and agree to terminate my KITS account and KTM Wallet is not claimable. | ||||
………………………………………………. Nama / Name: No. IC / IC No. ▇▇▇▇▇▇ / Date: | Disahkan oleh / Verified by: ………………………………………….. Nama / Name: ID Kakitangan / Staff ID: Tarikh / Date: | |||
KELULUSAN APPROVAL | ||||
No. PNR | ||||
KTM Wallet (RM) | ||||
Catatan / Notes | ||||
Disemak oleh / Checked by: ……………………………………..…….. Nama / Name: ▇▇▇▇▇▇ / Date: | Diluluskan oleh / Approved by: ………………………………………………….. (Ketua Jabatan / Unit) (Head of Department / Unit) Nama / Nama: Tarikh / Date: | |||
Nota / Note:
o Sila lampirkan salinan MyKad / Pasport
o Please attach MyKad / Passport copy
o Proses penamatan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh kelulusan
o Termination process within 3 working days from the date of approval
o Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan untuk maklumat lanjut
o Contact the Customer Service Center for more information
