Privasi; Perlindungan Data Klausul Contoh
Privasi; Perlindungan Data. (a) Apabila Anda menggunakan Perkhidmatan, Dasar Privasi Symantec yang tersedia untuk semakan melalui pautan “Dasar Privasi” akan dikenakan.
(b) Pengumpulan Data Perkhidmatan VPN; Peraturan Perlindungan Data. Berhubungan dengan penggunaan Perkhidmatan VPN oleh Anda, Symantec mungkin mengumpul dan mengekalkan, mendedahkan, memindahkan dan sebaliknya memproses data tertentu daripada Anda. Data ini mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, data peribadi tentang Anda, peranti atau sistem Anda atau Penggunaan Perkhidmatan oleh Anda, seperti maklumat pelanggan dan data peranti mudah alih, penggunaan jalur lebar agregat, dan data penggunaan sementara. Pengumpulan data ini diperlukan untuk
(a) mendayakan, mengoptimumkan dan menyediakan Perkhidmatan atau penyelenggaraan/sokongan kepada Anda (dan Symantec mungkin melibatkan pihak ketiga untuk juga melakukannya);
(b) memahami penggunaan produk dan meningkatkan pengalaman pengguna dalam produk dan perkhidmatan secara umum; dan
(c) menyediakan pengebilan, operasi dan sokongan rangkaian. Dengan memasang dan/atau menggunakan Perkhidmatan, Anda bersetuju untuk membenarkan Symantec mengumpulkan data peribadi seperti yang diterangkan dalam seksyen ini.
(c) Apabila Anda meminta Perkhidmatan Sokongan Teknikal, maklumat berikut akan dikumpulkan dan dihantar daripada Peranti Anda kepada Symantec melalui sambungan Internet: Maklumat yang diberikan oleh Anda kepada wakil perkhidmatan Symantec melalui telefon atau dimasukkan oleh Anda ke dalam antara muka dalam talian Symantec apabila meminta Perkhidmatan; dan Jenis dan versi sistem pengendalian dan pelayar Internet yang digunakan oleh Peranti Anda. Semasa sesi Perkhidmatan Anda, jika Alat Perisian Sokongan dipasang, maklumat berikut mungkin dikumpulkan oleh Alat Perisian Sokongan dan dihantar kepada Symantec melalui sambungan yang selamat: Bilangan fail yang diimbas, ancaman dijumpai, dan ancaman yang dibaiki oleh Alat Perisian Sokongan; Jenis ancaman yang dijumpai; Bilangan dan jenis ancaman yang masih belum dibaiki oleh Alat Perisian Sokongan; Sama ada tembok api adalah aktif; Sama ada perisian antivirus dipasang, berjalan, dan terkini; Maklumat pelayar termasuk seting keselamatan dan fail sementara; Maklumat sistem yang berkaitan dengan sistem pengendalian, ruang ingatan dan cakera, konfigurasi proksi, dan senarai direktori untuk Alat Perisian Sokongan; Status keselamatan (baik/sederhana/lemah) Peranti seperti yang ditentukan oleh Alat Perisian Sokongan...
Privasi; Perlindungan Data. Jika Perangkat Lunak ini dalam keadaan terinstal sejak awal di Perangkat, ketentuan cetak tebal berikut berlaku untuk Anda: Selama proses penyetelan awal Perangkat dan setelah produk Norton Anda mulai beroperasi, Symantec (lihat keterangan kontak di bawah ini) dan produk Norton Anda akan mengumpulkan data berikut dari Anda: Untuk tujuan di dalam pasal ini, Rujukan ke Symantec harus dipahami sebagai berikut:
Privasi; Perlindungan Data. Sekiranya Perisian telah diprapasang pada Peranti Anda, terma berhuruf tebal berikut akan dikenakan kepada Anda: Sepanjang persediaan awal Peranti Anda dan sebaik sahaja produk Norton anda mula beroperasi, Symantec (lihat butiran hubungan di bawah) dan produk Norton Anda akan mengumpul data berikut daripada Anda: Pengumpulan kategori data ini adalah perlu dan amat penting (a) untuk menyediakan pengikatan kontrak antara Anda dan Symantec, dan (b) untuk operasi yang betul bagi Perisian Norton yang diprapasang pada Peranti Anda. Data anda akan dipindahkan ke entiti Symantec dan pembekal Symantec yang terlibat dalam pengeluaran kunci lesen pengguna akhir dan penyampaian Perisian. Tertakluk kepada keperluan yang berkenaan dan, mengikut mana-mana yang berkenaan, permintaan pembetulan dan pemadaman yang dikemukakan oleh Anda, data yang dikumpulkan akan dikekalkan oleh Symantec selagi perlu bagi kesimpulan dan pemenuhan hubungan kontrak tersebut. Anda boleh menghubungi Symantec pada bila- bila masa untuk meminta akses, pembetulan atau pemadaman data peribadi Anda, serta jika dan yang mana berkenaan, dapatkan sekatan pemprosesannya, membantah untuk pemprosesan selanjutnya atau mendapatkan kemudahalihannya. Seperti yang ditunjukkan dalam seksyen “Privasi; Perlindungan Data” ini, Symantec memastikan dengan cara berkontrak yang dikehendaki secara sah dan diberi kebenaran secara sah serta komitmen korporat yang mengikat bahawa Data anda dilindungi secukupnya apabila ia dipindahkan ke negara atau wilayah dengan undang-undang perlindungan datanya kurang tegas berbanding negara atau wilayah di mana Anda berada. Jika Anda tidak berpuas hati dengan pengendalian data peribadi Anda oleh Symantec, Anda boleh membuat aduan kepada Symantec atau, di negara anggota Kesatuan Eropah, dengan pihak berkuasa penyeliaan yang kompeten. Anda akan mendapati butiran lanjut tentang hak ini dan amalan perlindungan data Symantec di Portal Privasi kami
