PERINGATAN. Syarikat-syarikat diingatkan bahawa: (i) Kementerian tidak melantik mana-mana pihak sebagai ejen/pengantara untuk menerima dan menilai permohonan AP Terbuka; (ii) Sebarang pemalsuan maklumat berkaitan permohonan AP Terbuka akan menyebabkan permohonan syarikat dibatalkan dan syarikat (termasuk Ahli Lembaga Pengarah dan pemegang saham) akan disenarai hitam; (iii) Penerimaan borang permohonan berserta dokumen tidak menjamin kelulusan dan hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses. Permohonan yang tidak lengkap dan/atau gagal memenuhi syarat akan ditolak secara serta-merta; (iv) Proses penilaian adalah berdasarkan pematuhan kepada syarat-syarat kelayakan untuk memohon sebagai syarikat AP Terbuka dan hasil dapatan audit oleh Kementerian; dan (v) Proses penilaian ini juga tertakluk kepada dasar semasa, garis panduan dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
Appears in 2 contracts
Sources: Guidelines for Application to Become a Public Company, Guidelines for Application to Become a Public Company