Common use of INSURANS Clause in Contracts

INSURANS. (a) Jika Barangan itu adalah sebuah kenderaan bermotor, Penyewa selanjutnya bersetuju dengan perbelanjaan ditanggung Penyewa, untuk mengambil perlindungan insurans Barangan daripada syarikat insurans bereputasi baik di bawah perlindungan komprehensif atas nama Penyewa, dengan pengendorsan yang mencatatkan kepentingan Pemunya terhadap Barangan itu sebagai Pemunya dan menyebut bahawa apa-apa bayaran yang Penyewa perlu dibayar hendaklah dibayar terus kepada Pemunya, bagi nilai penggantian penuh untuk tahun kedua dan tahun-tahun berikutnya Perjanjian ini dan seterusnya selepas itu selagi apa-apa jumlah kena bayar di bawah Perjanjian ini masih belum dijelaskan. Jika Penyewa gagal atau cuai untuk mengambil insurans yang diperlukan, maka Pemunya adalah bebas tetapi tidak wajib untuk berbuat demikian dan untuk itu Penyewa perlu membayar balik Pemunya apabila diminta, apa-apa jumlah wang yang dibayar Pemunya untuk urusan tersebut; (b) Penyewa tidak boleh menukar syarikat insurans tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan Pemunya dan hendaklah membayar tepat pada waktunya segala premium insurans kena bayar dan tidak melakukan apa-apa tindakan yang boleh menjejaskan perlindungan insurans Barangan itu; (c) Penyewa dengan ini melantik, tanpa boleh dibatalkan, Pemunya sebagai ejen Penyewa untuk mendapat kembali dan/atau berkompromi atas nama Penyewa atau Pemunya sebarang tuntutan kerugian (termasuk kerugian penuh) atau kerosakan di bawah segala polisi insurans berkenaan Barangan dan untuk menerima segala wang kena bayar di bawahnya dan untuk memberi syarikat insurans penerimaan dan pelepasan yang baik bagi hal yang sama. ▇▇▇▇ insurans tersebut hendaklah dikreditkan kepada akaun Penyewa dengan Pemunya dalam atau bagi menyelesaikan jumlah kena bayar kepada Pemunya di bawah Perjanjian ini dan Penyewa dikenakan membayar apa-apa jumlah yang masih tidak berbayar di bawah Perjanjian ini.

Appears in 3 contracts

Sources: Lease Purchase Agreement, Sewa Beli, Sewa Beli