Terma dan Syarat
Terma dan Syarat
Kempen Mohon dan Menang Proton Eksklusif Baharu AFFIN DUO
1.0 Definisi
1.1 Kempen Mohon dan Menang Proton Eksklusif Baharu AFFIN DUO (“Kempen”) dianjurkan oleh Affin Bank Berhad (“pihak Bank”). Kempen ini tertakluk pada Terma dan Syarat seperti yang dinyatakan di sini. Perkataan dan ungkapan di bawah mempunyai maksud yang berikut, melainkan jika konteksnya mempunyai makna yang lain:
1.1.1 “AFFINBANK” bermaksud Affin Bank Berhad [197501003274 (25046-T)]
1.1.2 “AFFIN DUO” merujuk kepada AFFIN Visa Cash Back dan AFFIN Mastercard
Rewards.
1.1.3 “Ahli Kad” merujuk kepada pemegang AFFIN DUO yang dikeluarkan oleh
pihak Bank seperti Klausa 1.1.2.
2.0 Tempoh Kempen
2.1 Kempen ini sah dari 28 Ogos 2020 hingga 28 Februari 2021 termasuk kedua-dua tarikh, atau tempoh lain yang akan ditentukan oleh pihak Bank (“Tempoh Kempen”) dari semasa ke semasa.
3.0 Kelayakan
3.1 Kempen ini terbuka kepada semua Ahli Kad yang memenuhi kriteria di bawah (“Ahli Kad Yang Layak”)
3.1.1 Semua Ahli Kad Utama baharu (NTB) AFFIN DUO yang akaun kad kreditnya diluluskan semasa Tempoh Kempen.
3.1.2 Memegang AFFIN DUO yang sah dan akaunnya dalam keadaan baik dalam Tempoh Kempen dan semasa pemilihan pemenang dilakukan.
3.2 Individu berikut TIDAK layak untuk menyertai Kempen ini:
3.2.1 Ahli Kad AFFINBANK sedia ada yang memohon dan dikeluarkan dengan AFFIN DUO sebagai kad kredit tambahan.
3.2.2 Kakitangan tetap dan kontrak Affin Bank Berhad dan Affin Islamic Bank Berhad;
3.2.3 Ahli Kad yang gagal membuat bayaran dan kemudahan yang diberikan oleh pihak Bank, atau akaun kad kredit telah digantung, disenarai hitam, dibatalkan atau ditamatkan pada bila-bila masa dalam Tempoh Kempen atau semasa pemilihan pemenang dilakukan, tertakluk pada budi bicara pihak Bank;
3.2.4 Ahli Kad yang telah melakukan atau disyaki melakukan sebarang tindakan pemalsuan atau salah laku berhubung dengan akaun kad kredit atau mana- mana kemudahan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Bank.
4.0 Mekanik Kempen
4.1 Ahli Kad Yang Layak hendaklah melakukan transaksi runcit menggunakan AFFIN DUO yang baharu diluluskan untuk mendapatkan penyertaan (“Penyertaan Yang Layak”) seperti Kriteria Perbelanjaan Yang Layak di bawah:
Kriteria Perbelanjaan Yang Layak | Bilangan Penyertaan |
Belanja minimum terkumpul RM100 dalam tempoh 45 hari dari tarikh kad diluluskan. | 1 |
4.2 Perbelanjaan Runcit Yang Layak bagi Kempen ini merujuk kepada perbelanjaan runcit tempatan, dalam talian dan/atau luar negara yang dicaj ke mana-mana AFFIN DUO Ahli Kad Yang Layak dalam Tempoh Kempen (“Perbelanjaan Runcit Yang Layak”).
4.3 Perbelanjaan Runcit Yang Layak yang dilakukan oleh Ahli Kad Tambahan akan diagregatkan dan dianggap sebagai jumlah Perbelanjaan Runcit Yang Layak oleh Ahli Kad Utama.
Contoh:
Senario 1: Ahli Kad Utama sahaja
Tarikh Kad Diluluskan | Jenis Kad | Tarikh akhir untuk berbelanja terkumpul RM100 | Perbelanjaan Runcit Yang Layak (RM) dalam tempoh 45 hari | Bilangan Penyertaan |
3 September 2020 | AFFIN Visa Cash Back | 17 Oktober 2020 | RM200 | 1 |
AFFIN Mastercard Rewards | RM110 | 1 | ||
Jumlah Penyertaan | 2 |
Senario 2: Ahli Kad Utama dengan Ahli Kad Tambahan
Tarikh Kad Diluluskan | Jenis Kad | Tarikh akhir untuk berbelanja terkumpul RM100 | Perbelanjaan Runcit Yang Layak (RM) dalam tempoh 45 hari | Bilangan Penyertaan |
5 September 2020 | AFFIN Visa Cash Back (Kad Utama) | 19 Oktober 2020 | RM200 | 1 |
AFFIN Mastercard Rewards (Kad Utama) | RM0 | 0 | ||
AFFIN Visa Cash Back (Kad Tambahan) | RM150 | 1 | ||
AFFIN Mastercard Rewards (Kad Tambahan) | RM100 | 1 | ||
Jumlah Penyertaaan | 3 |
4.4 Yang berikut TIDAK dianggap sebagai Perbelanjaan Runcit Yang Layak:
4.4.1 Transaksi yang menyalahi undang-undang seperti pertaruhan, perjudian atau perbelanjaan permainan dalam talian secara haram;
4.4.2 Transaksi pengeluaran tunai, pendahuluan tunai, pemindahan baki;
4.4.3 Ansuran bulanan untuk sebarang kemudahan pembayaran ansuran oleh pihak Bank;
4.4.4 Yuran dan caj seperti bayaran faedah, yuran tahunan, yuran pengeluaran tunai, caj ganti rugi atas kelewatan bayaran;
4.4.5 Bayaran baki belum jelas, dan
4.4.6 Bayaran balik, transaksi yang tidak sah/berbalik, dipertikaikan, tidak dibenarkan atau penipuan.
4.5 Untuk mengelakkan keraguan, setiap Bilangan Penyertaan yang diperuntukkan akan melayakkan Ahli Kad Yang Layak untuk berpeluang memenangi Hadiah di bawah Kempen ini, tertakluk kepada Klausa 5.2.
5.0 Xxxxxx Xxxxxx
5.1 Setiap Ahli Kad Yang Layak berpeluang untuk memenangi satu (1) kereta Proton eksklusif baharu yang bernilai sehingga RM90,000 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Harga terakhir adalah tertakluk kepada pengumuman Proton semasa pelancaran varian Proton eksklusif baharu di pasaran Malaysia).
5.2 Hadiah diberikan dalam keadaan “sedia ada”, tidak boleh dipindah milik atau ditukar dengan wang tunai sama ada sebahagiannya atau sepenuhnya. Pihak Bank berhak untuk menggantikan Hadiah yang ditawarkan dengan Hadiah lain yang mempunyai nilai yang sama atas apa jua sebab.
5.3 Pihak Bank tidak memberikan sebarang jaminan atau jaminan kepuasan berkaitan Hadiah. Pemenang hendaklah berurusan/membuat penyelesaian secara terus dengan pembekal untuk sebarang pertikaian berkaitan kualiti atau jaminan ke atas Hadiah atau apa-apa terma dan syarat yang dinyatakan.
5.4 Pihak Bank tidak akan memberikan sebarang gantian atau penukaran terhadap Hadiah sekiranya Xxxxxxxx menolak dan/atau meminta pilihan alternatif.
5.5 Gambar Hadiah yang ditunjukkan di sebarang iklan, promosi dan bahan yang berkaitan atau berhubung dengan Kempen ini adalah untuk tujuan illustrasi sahaja dan tidak menggambarkan warna, model atau spesifikasi sebenar Hadiah (jika berkaitan) dan tidak termasuk aksesori tambahan.
6.0 Pemilihan Pemenang dan Proses Pemakluman
6.1 Berdasarkan Jumlah Penyertaan yang telah direkodkan dan diperuntukkan, Ahli Kad Yang Layak akan disenarai pendek melalui pemilihan untuk Hadiah.
6.2 Ahli Kad Yang Layak yang disenarai pendek akan dihubungi oleh wakil pihak Bank melalui nombor telefon yang didaftarkan atau direkodkan oleh sistem Bank pada bila- bila masa dalam waktu bekerja untuk menjawab satu (1) soalan.
6.3 Ahli Kad Yang Layak yang telah disenarai pendek akan dianggap sebagai Pemenang sekiranya beliau berjaya menjawab soalan dengan betul.
6.4 Xxxxxxxxx tidak berjaya menjawab soalan dengan betul, Ahli Kad Yang Layak yang berada dalam urutan seterusnya akan dihubungi untuk menjawab soalan tersebut.
6.5 Sekiranya Ahli Kad Yang Layak tidak dapat dihubungi selepas tiga (3) kali percubaan pada hari yang sama atas sebarang sebab dan/atau Ahli Kad Yang Layak yang disenarai pendek ingin menarik diri daripada mengambil bahagian dalam Kempen ini selepas dihubungi oleh wakil pihak Bank, kelayakkanya bagi Kempen ini akan dibatalkan.
6.6 Sekiranya Ahli Kad Xxxx Xxxxx menamatkan akaun kad kredit AFFIN DUO dalam Tempoh Kempen atau semasa pemilihan pemenang dilakukan, maka pihak Bank berhak membatalkan kelayakan Ahli Kad Yang Layak dalam Kempen ini.
6.7 Pihak Bank mempunyai hak untuk memilih Ahli Kad Yang Layak yang disenarai pendek berikutnya mengikut urutan pemilihan untuk menggantikan Ahli Kad Yang Layak yang disenarai pendek yang mungkin tidak layak atau hilang kelayakan atas apa-apa jua sebab.
6.8 Pemenang akan dimaklumkan melalui telefon dan/atau e-mel dan/atau mana-mana kaedah lain yang dianggap sesuai oleh pihak Bank dalam tempoh dua belas (12) minggu selepas tamat Tempoh Kempen.
6.9 Cara pengagihan Hadiah akan ditentukan oleh pihak Bank.
6.10 Pemenang mungkin dikehendaki untuk hadir ke Majlis Penyampaian hadiah atau apa- apa acara publisiti yang lain di lokasi yang disahkan oleh pihak Bank, sekiranya diperlukan dengan kos perbelanjaan ditanggung oleh pemenang sendiri. Pihak Bank mempunyai hak eksklusif untuk menerbitkan atau memaparkan nama dan gambar Pemenang di media, bahan-bahan pemasaran dan pengiklanan atau laman web pihak Bank untuk tujuan publisiti Kempen ini.
6.11 Keputusan pihak Bank keatas semua perkara berkaitan dengan Kempen ini dan Hadiah adalah muktamad, konklusif dan mengikat ke atas semua Ahli Kad Yang Layak. Sebarang surat-menyurat, rayuan atau percubaan untuk mempertikaikannya tidak akan dilayan.
7.0 Pematuhan kepada Terma dan Xxxxxx Xxxxxx
7.1 Semua Ahli Kad Yang Layak dikehendaki untuk mematuhi Terma dan Xxxxxx Xxxxxx.
7.2 Semua Terma dan Syarat yang tertakluk di dalam ini ditafsirkan menurut undang- undang Malaysia dan sebarang pertikaian undang-undang hendaklah dimulakan dan dibicara di mahkamah di Kuala Lumpur.
7.3 Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab dan/atau bertanggungan dan tidak akan menerima apa-apa bentuk liabiliti dalam apa jua jenis dan bagaimana timbulnya atau dialami oleh Ahli Kad Yang Layak yang terhasil secara langsung atau tidak langsung dari penyertaan Ahli Kad Yang Layak dalam Kempen ini kecuali kerugian yang disebabkan oleh kecuaian, kegagalan atau pelanggaran oleh Pihak Bank. Selain itu, pihak Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kegagalan kewajipan di bawah Kempen kerana sebarang peristiwa “force majeure” yang termasuk tetapi tidak terhad kepada ketentuan Tuhan, peperangan, rusuhan, penguncian, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, kemarau, ribut atau sebarang kejadian di luar kawalan pihak Bank.
7.4 Pihak Bank boleh menarik balik, membatalkan atau menggantung Kempen lebih awal daripada Tempoh Kempen atau melanjutkan Kempen di luar Tempoh Kempen tertakluk kepada ketersediaan dana dengan memberikan notis terlebih dahulu melalui laman webnya.
7.5 Dengan menyertai kempen ini, Ahli Kad Yang Layak bersetuju untuk mengakses laman web Bank di xxx.xxxxxxxxxxx.xxx dari semasa ke semasa untuk mengetahui terma dan syarat dan untuk memastikan bahawa mereka sedia maklum dengan perubahan atau variasi yang dibuat kepada terma dan syarat.
7.7 Dengan menyertai Kempen ini, Ahli Kad Yang Layak bersetuju dan memberi kebenaran kepada pemprosesan Data Peribadi oleh pihak Bank dan pihak Bank dengan ini bersetuju untuk mengumpul dan menggunakannya untuk tujuan Kempen. Ahli Kad Yang Layak bersetuju untuk membenarkan Pihak Bank memasarkan produk Kumpulannya atau syarikat bersekutu kepada Ahli Kad Yang Layak kecuali Ahli Kad Yang Layak secara secara jelas memilih keluar dengan menghubungi mana-mana cawangan Pihak Bank.
7.8 Notis Privasi Kumpulan kami yang boleh didapati di mana-mana pejabat atau cawangan AFFIN Bank atau di laman web xxx.xxxxxxxxxxx.xxx.
7.9 Ahli Kad Yang Layak hendaklah mematuhi Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Notis Pertukaran Asing yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan peraturan- peraturan, notis dan garis panduan dan hendaklah mengatur atau menyelaras, mengurus dan mendapatkan semua persetujuan, lesen, kelulusan atau kebenaran yang diperlukan yang berkaitan dengan perlaksanaan, prestasi, kesahan atau kebolehkuasaan Transaksi Dokumen.
7.10 Untuk sebarang bantuan, maklum balas dan/atau aduan yang berkaitan dengan Kempen ini, Ahli Kad Yang Layak boleh menghubungi pihak Bank di saluran berikut:
• Pusat Panggilan di 03 – 8230 2222; atau
• E-mel kepada xxxxxxxxxxxx@xxxxxxxxx.xxx.xx
7.11 Ahli Kad yang Layak dengan ini diingatkan untuk membaca dan memahami Terma dan Syarat ini. Sekiranya terdapat terma dan syarat yang tidak difahami oleh Xxx Xxx Xxxx Xxxxx dalam Terma dan Syarat ini, Ahli Kad Yang Layak dengan ini dinasihatkan untuk berbincang lebih lanjut dengan kakitangan, wakil atau ejen Bank.
7.12 Versi Terma dan Syarat Bahasa Inggeris boleh didapati di xxx.xxxxxxxxxxx.xxx.