Definisi Pembekal

Pembekal adalah dilarang menulis, mencatatkan dan meletakkan cop nama dan memuatnaik tanda syarikat di dalam dokumen sokongan/lampiran yang dikemukakan secara atas talian. Sekiranya berbuat demikian, cadangan tawaran tidak akan dipertimbangkan dan akan ditolak.
Pembekal adalah dipelawa daripada Syarikat / Perniagaan/ Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia dalam gred dan kategori yang ditetapkan, berpengalaman dan menjalankan aktiviti perniagaan yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini. Keterangan Tawaran Kerja-kerja Ubahsuai dan Penambahbaikan Kaunter Perkhidmatan Pendaftaran Perniagaan Tingkat 17 serta Bilik Perbincangan Bahagian Kewangan Dan Akaun Tingkat 25 di Menara SSM@Sentral Jenis Tawaran Terbuka ▇▇▇▇▇▇ ▇▇▇▇ ▇▇▇▇▇▇▇ 19 Februari 2020 ▇▇▇▇▇▇ ▇▇▇▇▇ ▇▇▇▇▇▇▇ 26 Februari 2020, 12 Tengahari Tempoh Sah Laku 90 Hari Gred dan Kategori LPIPM (CIDB) Gred - G1 Kategori - B Pengkhususan - B07 (Hiasan dalaman) - B28 (Kerja-kerja ubahsuai) *Nota: Sila lampirkan salinan sijil pendaftaran gred dan kategori LPIPM yang berkaitan ▇▇▇▇, ………………………………………….… Nombor K.P yang mewakili …………………………….……………………………….................................... Nombor Pendaftaran dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau mana-mana individu lain, sebagai ganjaran mendapatkan tender/sebutharga* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
Pembekal adalah dikehendaki mengisi dengan dakwat segala maklumat berikut dengan sepenuhnya:

Examples of Pembekal in a sentence

  • Pembekal yang telah menyerahkan cadangan tawaran tidak dibenarkan menarik diri dalam tempoh tersebut.

  • Arahan kepada Pembekal ini dalam mana mempengaruhi pelaksanaan kontrak hendaklah menjadi sebahagian daripada kontrak.

  • Pembekal yang berjaya dikehendaki menandatangani kontrak dengan Kerajaan dan membayar segala ganti rugi jika tidak memenuhi syarat-syarat kontrak.

  • Pembekal tidak boleh, tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Kerajaan, menyerah hak, memindahkan, menggadai janji, menggadai atau mempertanggungkan kepada pihak ketiga semua atau sebahagian daripada obligasi, manfaat atau liabiliti daripada atau yang mungkin terbit daripada Kontrak ini.

  • Letupan nuklear, pencemaran radioaktif atau bahan kimia atau radiasi; Gelombang tekanan disebabkan oleh pesawat atau apa-apa peranti aerial yang bergerak di udara pada kelajuan sonik atau supersonic; Rusuhan, kekecohan atau kekacauan awam kecuali jika hanya melibatkan pekerja, kakitangan atau ejen Pembekal; dan Sebab-sebab atau bahaya-bahaya yang lain di luar kawalan pihak-pihak.


More Definitions of Pembekal

Pembekal adalah dikehendaki bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanaan perkara-perkara seperti berikut:
Pembekal adalah dikehendaki membayar semua Yuran Dokumen dan Bayaran Tawaran seperti yang diiklankan. ▇▇▇▇▇ ▇▇▇▇▇▇▇ adalah dikehendaki dan tidak akan dikembalikan kepada setiap pemborong sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang jujur (bona-fide- tender). Kadar ▇▇▇▇▇ ▇▇▇▇▇▇▇ adalah seperti yang ditetapkan dalam iklan tawaran. Kerajaan tidak terikat untuk menerima sebarang tawaran yang paling rendah. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan akan dikira sebagai tawaran tidak jujur (non-bona-fide- tender) dan tidak akan dilayan.
Pembekal adalah dikehendaki membayar semua Yuran Dokumen dan Bayaran Tawaran seperti yang diiklankan. ▇▇▇▇▇ ▇▇▇▇▇▇▇ adalah dikehendaki dan tidak akan dikembalikan kepada setiap pemborong sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang jujur (bona-fide- tender). Kadar ▇▇▇▇▇ ▇▇▇▇▇▇▇ adalah seperti yang ditetapkan dalam iklan tawaran.
Pembekal adalah bertanggungjawab membayar kepada JPNS pampasan sebanyak nilai Baja dan Bahan Pelengkap yang dibekalkan atau apa-apa nilai yang ditentukan oleh JPNS tidak lebih daripada nilai Baja dan Bahan Pelengkap yang dibekalkan tidak kira sama ada JPNS menamatkan Perjanjian ini atau tidak.
Pembekal adalah dikehendaki menjalankan proses semakan dan pembetulan di MyCC, sekiranya perlu.
Pembekal adalah tidak bertanggungjawab bagi sebarang ketinggalan atau kegagalan dalam menjalankan Perjanjian ini, jika ketinggalan atau kegagalan itu timbul daripada keadaan-keadaan yang seperti rusuhan dan kekacauan awam, mogok, kebakaran, banjir, peperangan, bahaya laut atau sebab-sebab atau bahaya-bahaya yang seumpama yang tidak dikawal oleh mana-mana pihak. Dalam keadaan sedemikian yang menyebabkan mana-mana pihak tidak dapat menyempurnakan Perjanjian ini, maka Perjanjian ini boleh ditamatkan dengan persetujuan kedua-dua pihak.
Pembekal adalah dikehendaki memberi Bon Pelaksanaan bernilai Lima Peratus atau Dua Setengah Peratus mengikut mana diperlukan dari Nilai Tender dalam bentuk gerenti bank (bank guarantee). Bon Pelaksanaan ini akan dikembalikan kepada Pembekal selepas tarikh tamat Perjanjian tertakluk kepada Perjanjian ini telah dilaksanakan dengan memuaskan JPNS dan tertakluk kepada apa-apa potongan yang dibuat oleh JPNS mengikut peruntukan dalam Perjanjian ini berhubung dengan apa-apa pelanggaran syarat-syarat Perjanjian ini yang dilakukan oleh Pembekal di bawah Perjanjian ini.