Definisi Notis
Examples of Notis in a sentence
Kami berhak untuk mengemaskini dan meminda Notis Privasi ini atau Polisi Privasi kami dari semasa ke semasa.
Dan Klien akan dianggap terikat dengan terma pindaan tersebut di bawah Perjanjian ini selepas GMI menghantar Notis Bertulis mengenai pindaan tersebut terhadap terma Perjanjian ini kepada Klien atau telah menerbitkan Perjanjian yang dipinda di laman web rasminya.
Klien dengan ini bersetuju bahawa GMI boleh meminda Perjanjian ini melalui Notis Bertulis termasuk tetapi tidak terhad kepada menghantar e-mel mengenai pindaan Perjanjian ini kepada Klien atau dengan menerbitkan Perjanjian yang dipinda di laman web rasmi Syarikat apabila perlu.
Sekiranya Kerajaan mendapati pembekal masih gagal meremedikan atau menyempurnakan perlaksanaan tugas dan tanggungjawab di bawah kontrak ini selepas tempoh yang ditetapkan, Kerajaan adalah berhak untuk menamatkan kontrak ini menerusi satu Notis Penamatan kepada pembekal.
Pelanggan dikehendaki untuk merujuk kepada Notis Privasi Kumpulan Bank Muamalat dan sebelum memberi kami Data Peribadi Individu tersebut, Pelanggan dikehendaki memaklumkan kepada Individu tersebut berkenaan dengan Notis Privasi Kumpulan Bank Muamalat.
Jika sekiranya terdapat apa-apa perbezaan atau percanggahan antara mana-mana salinan yang diberi kepada petender dengan salinan dalam Dokumen Meja Tender atau antara mana-mana dokumen yang termasuk di dalamnya, maka adalah menjadi tanggungjawabnya seorang diri untuk memohon secara bertulis kepada Pegawai Penyelaras jabatan pelaksana supaya dibetulkan perbezaan atau percanggahan itu tidak lewat dari tujuh (7) hari sebelum tarikh akhir yang ditetapkan dalam Notis Tender bagi penyerahan tender.
Dengan ini disahkan bahawa saya yang bertandatangan di bawah ini mengakui penerimaan Notis bertarikh ............................(no.
Notis pemakluman rasmi kepada pemenang akan dihantar ke alamat terakhir pemenang yang terdapat di dalam rekod Bank dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh Keputusan Cabutan disiarkan.
Untuk mengelakkan keraguan, Pelanggan bersetuju bahawa Notis Privasi tersebut akan disifatkan sebagai telah digabungkan ke dalam Perjanjian ini melalui rujukan.
Notis pemberitahuan oleh Kerajaan akan dikemukakan terlebih dahulu kepada Penyebut Harga berjaya sebelum apa-apa tindakan denda/penalti dilaksanakan.